Dr. Oetker Nona

Peraduan Beli & Menang di Tesco

Terma & Syarat-Syarat

KELAYAKAN

1. Peraduan “Peraduan Beli & Menang di Tesco” (“Peraduan”)Dr. Oetker Nona dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1hb Januari 2019 dan mempunyai MyKad, kecuali kakitangan dan keluarga terdekat kakitangan Dr. Oetker Nona Malaysia Sdn. Bhd. (“Pihak Penganjur”) dan syarikat-syarikat bersekutu, subsidiari, agensi pengiklanan/ perhubungan awam, vendor pencetakan terpilih, pemberi perkhidmatan teknologi digital dan lain-lain pembekal.

 

2. Peraduan ini bermula dari 00:00:00 pada 1hb September  dan tutup pada 11:59:59 pada 31hb Oktober 2019 (“Tempoh Peraduan”). Pihak penganjur berhak mengubah Tempoh Peraduan sekiranya perlu tanpa perlu pemberitahuan. Semua penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan tidak akan dilayani.

 

3. Penyerta-penyerta dikehendaki menghantar gambar (salinan  digital) resit pembelian, bersama-sama dengan nama, no. MyKad dan alamat email melalui WhasApp ke: 017-8133 730.

 

4. Dr. Oetker Nona Malaysia Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan atau kelewatan penghantaran penyertaan, yang menyebabkan peserta-peserta tertinggal dalam proses pemilihan semasa Tempoh Peraduan.

 

PENYERTAAN

5. Langkah-langkah Penyertaan:

  • Beli sebarang produk Dr. Oetker Nona bernilai RM15 dalam SATU resit asal bercetak sebagai Bukti Pembelian.
  • Setiap Bukti Pembelian HANYA layak untuk SATU penyertaan sahaja. Hantarkan penyertaan anda melalui Aplikasi WhatsApp: 
    • Tuliskan nama penuh, nombor pengenalan dan alamat emel di atas resit asal bercetak anda.
    • Ambil satu gambar yand lengkap dan jelas dan WhatsApp ke 017-8133 730

 

6. Keputusan pengadil Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang pengaduan atau rayuan tidak akan dilayani.

 

7. Pihak Penganjur berhak mutlak untuk membatalkan secara otomatik penyertaan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat, lewat atau tanpa bukti pembelian.

 

8. Pihak Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau membatal penyertaan tanpa perlu memberitahu alasan dan sebagainya kepada peserta-peserta atau mana-mana pihak.

 

HADIAH-HADIAH

9. Semua pemenang akan dikenalpasti melalui nama dan no. MyKad.

 

10. Pemenang Peraduan akan dihubungi melalui laman web www.oetker.com.my dan FB Dr. Oetker Nona atau pengantaran lain yang dianggap sesuai oleh Pihak Penganjur.

 

11. Hadiah-hadiah:

  • Hadiah Bulanan x 5 Pemenang Setiap 4 Minggu

Hamper Produk Dr. Oetker Nona bernilai RM50

  • Hadiah Utama x 1 Pemenang

Air Fryer Tefal

  • Hadiah Kedua x 2 Pemenang

Ketuhar Elektrik Besar Khind

 

12. Pihak Penganjur berhak menggantikan hadiah-hadiah dengan barangan yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan. Semua hadiah tidak boleh ditunaikan.

 

13.Pemenang-pemenang akan dihubungi melalui telefon, email atau cara-cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh Pihak Penganjur, bedasarkan butir-butir yang diberi dalam penyertaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang(pemenang-pemenang) tidak dapat dihubungi atas sebarang alasan. Pihak Penagnjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan penerimaan, kelewatan penghantaran notifikasi kepada para pemenang.

 

14. Para peserta digalakkan sentiasa menyemak laman web dan FB Dr. Oetker Nona. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan, kesukaran teknikal atau kelewatan pengumuman pemenang.

 

15. Hadiah Bulanan akan dihantar kepada pemenang. Pemenang harus menghubungi Pihak Penganjur untuk mengatur penghantaran hadiah dalam tempoh SATU (1) bulan selepas tarikh pengumuman. Hadiah akan dibawa ke bulan hadapan sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 

16. Pemenang-pemenang Hadiah Pertama dan Kedua dikehendaki menuntut secara peribadi, hadiah-hadiah daripada Pihak Penganjur (di Semenanjung Malaysia atau Malaysia Timur) dalam tempoh TIGA (3) bulan selepas tarikh akhir peraduan (31hb Oktober 2019). Para pemenang dikehendaki menunjukkan MyKad untuk tujuan semakan. Pihak Penganjur berhak melupuskan hadiah sekiranya peserta enggan menerima syarat ini.

 

17. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik oleh Pihak Penganjur dan Pemenang tidak lagi layak menuntut hadiah dalam sebarang bentuk. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kegagalan penerimaan atau kelewatan penghantaran hadiah-hadiah kepada pemenang.

 

18. Pihak Penganjur berhak menarik balik hadiah-hadiah sekiranya pemenang-pemenang tidak memenuhi terma dan syarat-syarat peraduan.

 

19. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan hadiah yang berlaku semasa penghantaran hadiah kepada para pemenang.

 

 

TAMBAHAN

20. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, membatal, menamat dan/atau menangguhkan Peraduan ini, tanpa sebarang notis.

 

21. Pihak Penganjur berhak untuk menunting/ memangkas gambar-gambar yang diterima supaya konsisten dengan gambar-gambar lain untuk kegunaan pameran dan menggunakan gambar-gambar tersebut untuk aktiviti promosi.

 

22. Penyertaan Peraduan ini dan penerimaan hadiah memberi hak mutlak kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar para pemenang buat publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan atau notis kepada para pemenang.

 

23. Peserta-peserta bersetuju bahawa Pihak Penganjur mungkin menggunakan maklumat-maklumat yang dikumpul semasa penghantaran penyertaan, untuk tujuan pengiklanan dan aktiviti promosi. Sila rujuk kepada Privaci Notice di laman web www.oetker.com.my tentang bagaimana Pihak Penganjur mengendali maklumat peribadi anda.

 

24. Pihak Penganjur tidak akan mengambil liabiliti ke atas apa-apa yang berlaku kepada para peserta dan/atau pihak ketiga, yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada Peraduan dan/ atau Hadiah-hadiah. Semua peserta mengambil penuh liabiliti dan tanggungjawab sekiranya berlaku sebarang liabiliti, kecelakaan, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat daripada penyertaan Peraduan ini, penembusan dan/ atau utilisasi hadiah.

 

25. Pihak Penganjur, pihak bersekutu, subsidiari, promoter dan agensi tidak akan bertanggungjawab ke atas kesilapan pencetakan di atas produk atau bukti pembelian yang diedarkan di pasaran.

 

26. Terma & Syarat-syarat disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat ketidaksejajaran di antara dua-dua versi Terma & Syarat-syarat, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

 

27. Dengan penyertaan Peraduan ini, para peserta bersetuju dengan ikatan Terma & Syarat-syarat, dan semua keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur adalah muktamad. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, meminda, menambah atau memotong mana-mana Terma & Syarat-syarat tanpa notis pemberitahuan pada bila-bila masa dan para peserta adalah terikat pada perubahan sebegini.

 

28. Keputusan Pihak Penganjur ke atas semua perkara tentang Peraduan ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Pihak Penganjur tidak perlu memberi penjelasan ke atas sebarang perkara dalam Peraduan ini.

 

29. Pihak Penganjur mempunyai hak ke atas semua hadiah peraduan sekiranya tiada pemenang bulanan disebabkan kehilangan kelayakan peserta.

Cookie and tracking settings

We would be happy if you agreed that we and our partners use cookies and similar technologies to understand how you use our website. This enables us to better understand your user behaviour and adapt our website accordingly. Furthermore, we and our partners would like to use this data for personalised offers on their platforms. If you agree to this, please click on "Agree". Please refer to our privacy policy for detailed information. You can change your mind at any time.

Necessary features

We need these cookies and similar technologies to enable the basic functions of our website. This includes, for example, saving these settings. This is strictly necessary so that you cannot switch this off.

Always active
Analytics and personalisation

In addition, we would like to learn more about how you use our website in order to optimise it for you and other users. To this end, we use cookies and similar technologies that map user behaviour and thus help us to improve our offer for you.

yes

inactive

(Re-)Marketing / data sharing with third parties

To ensure that we can tailor our marketing campaigns to your needs, we collect how you come to our website and how you interact with our advertisements. This helps us to make not only our ads, but also our content even better for you. Our marketing partners also use this information for their own purposes, e.g. to personalise your account or profile on their platform.

yes

inactive